Saturday 20 August 2011

hari raya bagi manusia dewasa dan manusia kanak-kanak..

harini sudah 21 ramadhan...
sudah 21 hari umat islam menjalani ibadah puasa..
dan kurang 9 HARI lagi kita bakal menyambut HARI RAYA aidilfitiri..

time-time nie, setiap apa yang dilakukan lazimnya berkisar tentang HARI RAYA
nak beli baju RAYA la..
nak beli kuih RAYA la..
nak  balik kampung na BERAYA la..
nak mintak cuti untuk RAYA la..
boss tak approve cuti RAYA la dan padan muka, sapa suruh nak kerja pejabat sangat..
timenie la jugah azlina aziz, rahimah rahim, dayang ku intan, dan mungkin jugak 4U2C glamer dengan lagu RAYA masing-masing.

bagi golongan DEWASA time nie la nak berbelanja kaw-kaw..
masing-masing nak tunjuk eksyen time balik kampung..
masing-masing nak tunjuk sapa lagi kacak dan sapa lebih angggun..nak tunjuk sapa macam yusry sapa macam lisa surihani dan sapa pulak macam norlia ghani dan anita sarawak..

bagi golongan KANAK-KANAK, mereka ini golongan paling stedy time-time nak dekat raya,
mereka masih dengan aktiviti main pS2, main dam ular dan sebagainya.
golongan ini hanya rileks..
golongan ini tau mereka akan disediakan persiapan RAYA, kalau tak disediakan  mereka boleh memberontak..

namun bagi gua HARI RAYA MANUSIA KANAK-KANAK adalah lebih indah dan bermakna..
dalil nya, mengambil contoh yakni gua time gua muda dan comel dulu-dulu, gua akan berHARI RAYA sampai mungkin HARI RAYA  ke-10 dan suasana nya masih sama dengan HARI RAYA pertama.
kayuh "gerek atau basikal dalam bahasa baku-nya sejauh lebih 15 kilometer semata hanya untuk berHARI RAYA-apajadah gua beRAYA sejauh itu sedangkan gua time tu takdak penah buat salah pun kat MANUSIA yang berada jauh dari gua..-atau mungkin gua lupa
berjumpa sepupu-sepapat dan mak-bapak saudara adalah sesuatu yang indah..

bagi golongan MANUSIA yang  DEWASA, RAYA mungkin tak semeriah atau seindah yang di rasai golongan MANUSIA KANAK-KANAK.
lebih-lebih golongan yang berkahwin kena beRAYA rumah mentua-tak payah la nak nipula kalau cakap lu orang suka beRAYA rumah mertua-tapi itula sebahagian dari komitmen
selain dari mehabiskan sejumlah wang ringgit untuk HARI RAYA yang mungkin tiada pulangan kecuali mereka mempunyai anak-anak.

golongan DEWASA yang mempunyai anak-anak yang besar jugak tidak merasai kemeriahan aidilfitri sepenuhnya-satu contoh situasi~"pak cik A berkahwin dengan mak cik B, maka di kurniakan tiga orang anak-ketiga-tiga mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing-LISA SURIHANI berkahwin dengan ZAKUAN 1, LIYANA JASMAY berkahwin dengan ZAKUAN 2, manakala ACHA SEPTRIASA berkahwin dengan ZAKUAN 3(ini contoh)-ketiga-tiga mereka terpaksa meraikan aidilfiri di rumah mentua masing-masing-dan secara logiknnya adakah ibu bapa((pak cik A dan mak cik B) akan bergembira di HARI RAYA??

namun apa pun golongan kita patut meraikan aidilfitri dengan rasa gembira dan penuh syukur sebagai tanda kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga,
akhir kata: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN~ nak sambung dengar lagu raya 4u2c

No comments:

Post a Comment