Saturday 20 August 2011

hari raya bagi manusia dewasa dan manusia kanak-kanak..

harini sudah 21 ramadhan...
sudah 21 hari umat islam menjalani ibadah puasa..
dan kurang 9 HARI lagi kita bakal menyambut HARI RAYA aidilfitiri..

time-time nie, setiap apa yang dilakukan lazimnya berkisar tentang HARI RAYA
nak beli baju RAYA la..
nak beli kuih RAYA la..
nak  balik kampung na BERAYA la..
nak mintak cuti untuk RAYA la..
boss tak approve cuti RAYA la dan padan muka, sapa suruh nak kerja pejabat sangat..
timenie la jugah azlina aziz, rahimah rahim, dayang ku intan, dan mungkin jugak 4U2C glamer dengan lagu RAYA masing-masing.

bagi golongan DEWASA time nie la nak berbelanja kaw-kaw..
masing-masing nak tunjuk eksyen time balik kampung..
masing-masing nak tunjuk sapa lagi kacak dan sapa lebih angggun..nak tunjuk sapa macam yusry sapa macam lisa surihani dan sapa pulak macam norlia ghani dan anita sarawak..

bagi golongan KANAK-KANAK, mereka ini golongan paling stedy time-time nak dekat raya,
mereka masih dengan aktiviti main pS2, main dam ular dan sebagainya.
golongan ini hanya rileks..
golongan ini tau mereka akan disediakan persiapan RAYA, kalau tak disediakan  mereka boleh memberontak..

namun bagi gua HARI RAYA MANUSIA KANAK-KANAK adalah lebih indah dan bermakna..
dalil nya, mengambil contoh yakni gua time gua muda dan comel dulu-dulu, gua akan berHARI RAYA sampai mungkin HARI RAYA  ke-10 dan suasana nya masih sama dengan HARI RAYA pertama.
kayuh "gerek atau basikal dalam bahasa baku-nya sejauh lebih 15 kilometer semata hanya untuk berHARI RAYA-apajadah gua beRAYA sejauh itu sedangkan gua time tu takdak penah buat salah pun kat MANUSIA yang berada jauh dari gua..-atau mungkin gua lupa
berjumpa sepupu-sepapat dan mak-bapak saudara adalah sesuatu yang indah..

bagi golongan MANUSIA yang  DEWASA, RAYA mungkin tak semeriah atau seindah yang di rasai golongan MANUSIA KANAK-KANAK.
lebih-lebih golongan yang berkahwin kena beRAYA rumah mentua-tak payah la nak nipula kalau cakap lu orang suka beRAYA rumah mertua-tapi itula sebahagian dari komitmen
selain dari mehabiskan sejumlah wang ringgit untuk HARI RAYA yang mungkin tiada pulangan kecuali mereka mempunyai anak-anak.

golongan DEWASA yang mempunyai anak-anak yang besar jugak tidak merasai kemeriahan aidilfitri sepenuhnya-satu contoh situasi~"pak cik A berkahwin dengan mak cik B, maka di kurniakan tiga orang anak-ketiga-tiga mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing-LISA SURIHANI berkahwin dengan ZAKUAN 1, LIYANA JASMAY berkahwin dengan ZAKUAN 2, manakala ACHA SEPTRIASA berkahwin dengan ZAKUAN 3(ini contoh)-ketiga-tiga mereka terpaksa meraikan aidilfiri di rumah mentua masing-masing-dan secara logiknnya adakah ibu bapa((pak cik A dan mak cik B) akan bergembira di HARI RAYA??

namun apa pun golongan kita patut meraikan aidilfitri dengan rasa gembira dan penuh syukur sebagai tanda kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga,
akhir kata: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN~ nak sambung dengar lagu raya 4u2c

Friday 19 August 2011

memori terawikh...

gua tadi terlewat p TERAWIKH terpaksa la shortcut dan parking kat port parking awek-awek masjid..
gua laju-laju lari ambik wudhu..-

......................................................................................................................................
usai sembahyang TERAWIKH dan witir,
gua pun laju-laju p kat moto gua dan nak gerak balik..
time tu terpandang awek-awek masjid..-gua xsengaja..

dan serta merta teringat zaman muda-muda gua..
kalau tak silap time tu gua tingkatan 4 tak pun 5..
time tu gua sengaja parking motor kat sebelah kanan masjid gua
sebab kalau parking kat situ gua terpaksa lalu belakang saf awek-awek masjid..
lagipun time tu sebelah kiri tak da parking berbumbung-kalau hujan kan basah kusyen motor gua..

dan reason lain kenapa gua nak sangat parking sebelah kanan masjid gua adalah kerana nak usha awek sekolah teknik yang jarang-jarang balik kampung..kah..kah..kah..
time tu kalau dapat tengok muka dia sipi-sipi pun dah kira bahgia bukan main..
balik rumah senyum pastu buat miscol kat telefon rumah dia..kah...kah..kah...

sekarang awek teknik dah sambung master tak silap gua..
kat UPM tak silap gua..
gua??terhegeh-hegeh lagi nak setel kan digree gua ni..
dia memang true student-
gua??kejap-kejap jadi student, kejap-kejap jadi kutu..

okla-gua nak kena buat kerja sekolah..-
cikgu gua pun satu-time-time nak raya nie la dia bagi keja sekolah banyak.
kalau tak sempat iron baju raya- nie kira macam mana nie??

Thursday 18 August 2011

REVIEW::JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN 2 (dua)

*sambung yang entry sebelumnya
gua parking ngam-ngam depan tv..gua buka tv 3 time tu
ada iklan "360" cerita pasal kemeriahan jalan TAR( jalan tunku abdul rahman)..
hati gua terdetik~"gua belum ada songkok raya nie"

tanpa lengah masa, gua sarung kasut biru, galas beg hijau, pakai baju kelabu, shortpants hitam-nyaris-nyaris macam pelangi..
gua pun start la skuter gua yang banyak berbakti..

setengah jam kemudian gua sampai la jalan TAR..
pastu gua mula la berjalan sepanjang jalan TAR..
usha baju melayu, baju kurung, baju kebaya, baju t-shirt, mercun, air coke,songkok,
ada yang kaler hijau,biru,oren,kuning,putih dan macam-macam lagi..

sampai pertengahan jalan tu,gua dah penat-dalam hati dapat air tebu nie masyuk jugak..
nasib baik niat kat dada nie power lagi..
gua patah balik cari kedai songkok..
dapat songkok tinggi ala-ala orang menari zapin
terus gua bayar.....

tapi apa yang bestnya pasal jalan TAR nie
banyak giler pilihan, nasib baik gua bukan jenis kaki shoping,
tapi yang ta bestnya peniaga kat situ tak boleh kuatim sangat..
ape-pun JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN adalah medan terbaik untuk menghabiskan duit bonus separuh gaji yang kerajaan bagi...
sah entry nie tak best langsung!!

BLOG

gua masih baru dalam dunia BLOG..
gua sebelum nie ada BLOG..
tapi gua dah tak aktif dah..
sebab BLOG lama cerita pasal jiwa-jiwa
gua buka BLOG ke-2 nie..

atas alasan apa orang ramai berBLOG..
nak glamor??
nak kongsi idea??
nak nampak urban??
nak duit dari hasil iklan??


masing-masing mempunyi sebab musabab sendiri..
bagi gua sebab utama gua buka BLOG, gua suka menulis.
tapi ini sajala standard gua menulis-takda metafora-takda struktur ayat yang mengancam..
tapi hakikat nya gua suka menulis..

BLOG gua bukan BLOG untuk orang serius-serius..
BLOG gua untuk golongan yang suka membaca dan golongan yang santai..
gua langsung tak kisah gua tak dak followers.
bagi gua kalau lu orang singgah baca tulisan-atau dalam bahasa yang lebih tepat taip-an gua..-gua dah ok!!
bonus bagi gua kalau lu orang senyum or gelak bila baca taip-an gua..

bila lu rasa nk senyum or gelak,
gua punya matlamat hidup tercapai
"buat orang hepi dan tak mennyusahkan orang"

Tuesday 16 August 2011

REVIEW::JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN.

"tet...tet....tet.....tet.."._alarm jam yang gua kunci td lepas sahur berbunyi...
jam 8.20 am..
arggghhhh!!! gua malas nak hadapi harini..ikot hati gua nak tido sampai lusa..bangun makan jap pastu tido balik..
tapi terpaksa bangun jugak..tenyeh mata dan dalam posisi nak turun katil,
"tik"<--mesej alert gua..
kuar nama daus-dengan cool gua buka mesej dari membe gua kat kolej..
                                        "salam.tlg bg tahu yg lain XDE KELAS finacial arini k.
                                         kelas seperti biasa hari khamis.test pada hari khamis.tq"
                                          -miss ain-
gua punya hati time tu punya la eksyen..suka tak payah kabo la...
gua bangun mandi dan terus sarung shortpan, sarung baju,
pastu lepak depan TV....
ahhh...lain kali la gua sambung~entry depan gua tulis..keh..keh..keh..

Saturday 13 August 2011

doa~

11 ramadhan~ hari ni gua di tugaskan baca DOA untuk berbuka posa...
gua steady la..gua dah practice lama dah..keh..keh..keh..
tepat jam 7.28pm azan magrib bagi kawasan Rawang dan kawasan sewaktu dengan nya berkumandang..

"ehem-ehem." gua berdehem nak test sora gua,- sikit -sikit lagi macam jamal abdilah
"ALLAHUM MALAKA SUM NA, WABIKA AMAN NA, WA'NGALA REZQIKA AR TAR NA, TU BI ROH MATIKA YA ARAHMAN ROHIMIN"
lepas tu gua nak sambung baca DOA makan plak...
tiba-tiba..anak buah gua yang baru masuk umur 4-tahun mencelah..
"DOA akan tu e-iar adik ace"-dengan suara comel pelat budak-budak,
gua pun mengalah bagi dia baca..
dia pun apa lagi dengan pelat terus memulakan bacaan DOA makan..
                     "ALLAH HUM MA, BARI-LA NA, FI MA, ROZA'K TANA,
                                MA'QI NA, AZA BA NAR"
time dia baca arab nie dah makan masa, al maklumla budak umur 4 tahun,
dia sambung makna doa plak

                 "Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."-
nie version betul..xbaik kalau gua buat version pelat...
-gua pun terus la capai air..
"jap-jap"-suara anak buah gua bunyi..
"emput akan Ibu, emput akan abah,emput akan alan, emput akan abang"

~bagus jugak tadika kemas nie..
dia ajar DOA sekali terjemahan sekali dengan kesopanan..
terlewat sikit kami sekeluarga berbuka haritu...