Monday 17 October 2011

perbezaan

entry ini berbaur sadis...

PERBEZAAN adalah perkara yang tidak sama walaupun ia se-akan-akan sama,

mengambil contoh perkataan perempuan/lelaki dan juga betina/jantan -
perempuan/lelaki adalah perkataan yang berkisar tentang jantina bagi seseorang manusia,
manakala,
betina/jantan bagi binatang atau haiwan yang juga berkisar tentang jantina..

namun dunia sekarang,, di kalangan perempuan/lelaki telah ada sifat-sifat seperti betina/jantan..
atau dalam erti kata lain manusia mempunyai sifat binatang!!

sekian...

Wednesday 12 October 2011

pengaruh bukan-bukan..

cerita ini di cerita oleh adik gua yang berada di kampung~


di sebelah rumah  gua ada sorang kanak-kanak berusia 4 tahun
nama beliau palujah~tu nama samaran-tapi dia gemar orang panggil dia KOK NGAH
kanak-kanak nie seorang yang comel...

cerita begini-minggu ibu beliau selamat melahirkan baby minggu lepas..
baby lelaki-dan mereka secara sebulat suara mendaftar nama baby itu atas nama "AMAR YASSIER"

petang td palujah datang ke rumah gua kat kampung nu...
dia berbual dengan adik gua..

"ibu tu letak nama adik dia tak sedap, macam nama penyanyi nasyid"protes anak kecil itu

adik gua reply " okla tu nama penyanyi nasyid.awat kok ngah nak letak nama apa?"

"kalau kok ngah kok ngah nak letak nama "CONAN""-

gua dengar cerita tu-gua terus geleng kepala..
ni semua salah astro ceria..
bagi PENGARUH YANG BUKAN-BUKAN...

detektif conan: si cilik yang cerdik nak mampus!

Sunday 2 October 2011

kata-kata orang dewasa..

di petang yg permai-
gua dengan senang hati membawa anak buah gua yang kacak p jalan-jalan area taman perumahan-
sudah menjadi perkara yg lazim atau pasti
anak buah gua akan usha kereta-kereta yg logik untuk di gelar cantik-contoh nya vios, city, dan lancer..


di petang yang permai itu jugak la  gua ajak mereka masuk ke Taman Tun Teja yang adalah taman yang "high class" kata orang putih-area taman perumahan kat sini

bermodalkan moto skuter gua yg tidak ada stiker P seperti kebanyakan orang-
gua lalu depan rumah seorang peguam dan anak buah gua yang kecik bersuara
"alan-alan adik nak kereta tu"jarinya menunjuk ke sebuah rangka kereta yang mempunyai tayar...
"peh taste budak nie"-getus gua dalam hati..

jari telunjuk, kanak-kanak berusia 4 tahun itu ter-arah kepada sebuah kereta yang Power!!
kereta yang menjadi subject kepada bualan gua dengan anak buah gua adalah ~volkswagen scirocco~

hanya sekadar gambar hiasan.


dengan bersuara serak-basah ala-ala rani murkarjie gua bagi nasihat kat anak buah gua-"kalau adik nak kereta tu adik kena belajar rajin-rajin"-amacam DEWASA tak..DEWASA tak..keh..keh..keh.
~seperti mana lazim dan selalunya orang DEWASA menasihati budak-budak di zaman gua'
bezanya taste gua ketika umur baya anak buah gua hanya sebuah kereta "Wira"~

Saturday 10 September 2011

nama kucing yang "rare"

gua betol-betol tersentuh dengan petnode punya cerita
kata yang terbaik untuk manusia jenis nie ialah FAKING!!!!
oleh itu gua buat entry ni

gua bela KUCING sudah 14 tahun-sejak tahun 1997-gua darjah tiga
dan dari sejak itu gua rasa gua sudah ada lebih dari 30 ekor KUCING-tapi hanya sesetengah sahaja yang gua ingat NAMA KUCING antaranya ducik-dolah-kak chaq-kak chiq -ibu dan cik embun
yang lain gua pangil "adik"
dari nama-nama yang gua bagi tadi hanya kak chaq saja yang masih hidup

legasi KUCING gua bermula dengan ducik-
ducik nie gua jumpa time gua darjah 3-
time tu gua jumpa kat sekolah-
namun time tu family gua tak berapa kamcing dengan KUCING-
so gua terpaksa la membela ducik di sekolah sahaja-
setiap pagi gua sampai sekolah dalam pukul 6-45 am.
dan aktiviti utama gua adalah mencari ducik
jumpa ducik gua akan dukung dan letak dalam laci meja sekolah-
sampai time rehat gua akan buat bajet untuk makanan gua dan ducik
ayah gua bagi 8 kupang untuk belanja gua waktu gua darjah 3-tahun 1997-budak-budak sekarang darjah 1 dah pegang duit kertas kaler hijau dah p sekolah...
dari 8 kupang tu gua akan beli sirap 2 kupang
nasi lemak 3 kupang dua bungkus
kenapa dua bungkus??
sebab 1 bungkus untuk gua 1 bungkus untuk ducik.
sweet kan..keh..keh..keh..

dilema bermula apabila cuti penggal persekolahan bermula
mana taknya-gua cuti 2 minggu-nanti ducik nak makan apa??sapa nak main dengan dia??
dia akan sunyi-dia akan lapar-dia akan mati-semua tu bermain dalam akal fikiran gua.

hari last sebelum gua cuti penggal gua nekad nak bawa ducik balik umah gua
gua tinggal buku teks gua bawah meja
gua masuk ducik dalam beg "swan" gua warna biru dan ada key chain bentuk bintang warna pink dan kalau gua tekan keychain tu akan kuar lampu-hebat giler time tu.

sampai rumah gua lepas ducik dan buat-buat hairan KUCING tu datang mana
mak ayah gua nak buang tapi gua guna pendekatan menangis sebagai tanda meminta simpati
dan ducik pun di bela oleh gua sejak itu dan ducik telah meninggalkan gua pada tahun 2003

cerita pasal ducik bukan la kena mengena dengan tajuk yang gua bagi tu
TAPI gua ada cerita yang begitu RARE.

selepas itu ducik meninggalkan keturuanan nya hingga kini-
dan baru-baru nie seekor anak KUCING berwarna kelabu selamat di lahirkan
gua ada beli rantai warna merah kat dia.
dan adik gua telah bersetuju untuk mengelar kucing yang berwarna kelabu itu dengan nama
"KEROPOK MONY"-pasti "RARE" kan NAMA KUCING INI.

Saturday 20 August 2011

hari raya bagi manusia dewasa dan manusia kanak-kanak..

harini sudah 21 ramadhan...
sudah 21 hari umat islam menjalani ibadah puasa..
dan kurang 9 HARI lagi kita bakal menyambut HARI RAYA aidilfitiri..

time-time nie, setiap apa yang dilakukan lazimnya berkisar tentang HARI RAYA
nak beli baju RAYA la..
nak beli kuih RAYA la..
nak  balik kampung na BERAYA la..
nak mintak cuti untuk RAYA la..
boss tak approve cuti RAYA la dan padan muka, sapa suruh nak kerja pejabat sangat..
timenie la jugah azlina aziz, rahimah rahim, dayang ku intan, dan mungkin jugak 4U2C glamer dengan lagu RAYA masing-masing.

bagi golongan DEWASA time nie la nak berbelanja kaw-kaw..
masing-masing nak tunjuk eksyen time balik kampung..
masing-masing nak tunjuk sapa lagi kacak dan sapa lebih angggun..nak tunjuk sapa macam yusry sapa macam lisa surihani dan sapa pulak macam norlia ghani dan anita sarawak..

bagi golongan KANAK-KANAK, mereka ini golongan paling stedy time-time nak dekat raya,
mereka masih dengan aktiviti main pS2, main dam ular dan sebagainya.
golongan ini hanya rileks..
golongan ini tau mereka akan disediakan persiapan RAYA, kalau tak disediakan  mereka boleh memberontak..

namun bagi gua HARI RAYA MANUSIA KANAK-KANAK adalah lebih indah dan bermakna..
dalil nya, mengambil contoh yakni gua time gua muda dan comel dulu-dulu, gua akan berHARI RAYA sampai mungkin HARI RAYA  ke-10 dan suasana nya masih sama dengan HARI RAYA pertama.
kayuh "gerek atau basikal dalam bahasa baku-nya sejauh lebih 15 kilometer semata hanya untuk berHARI RAYA-apajadah gua beRAYA sejauh itu sedangkan gua time tu takdak penah buat salah pun kat MANUSIA yang berada jauh dari gua..-atau mungkin gua lupa
berjumpa sepupu-sepapat dan mak-bapak saudara adalah sesuatu yang indah..

bagi golongan MANUSIA yang  DEWASA, RAYA mungkin tak semeriah atau seindah yang di rasai golongan MANUSIA KANAK-KANAK.
lebih-lebih golongan yang berkahwin kena beRAYA rumah mentua-tak payah la nak nipula kalau cakap lu orang suka beRAYA rumah mertua-tapi itula sebahagian dari komitmen
selain dari mehabiskan sejumlah wang ringgit untuk HARI RAYA yang mungkin tiada pulangan kecuali mereka mempunyai anak-anak.

golongan DEWASA yang mempunyai anak-anak yang besar jugak tidak merasai kemeriahan aidilfitri sepenuhnya-satu contoh situasi~"pak cik A berkahwin dengan mak cik B, maka di kurniakan tiga orang anak-ketiga-tiga mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing-LISA SURIHANI berkahwin dengan ZAKUAN 1, LIYANA JASMAY berkahwin dengan ZAKUAN 2, manakala ACHA SEPTRIASA berkahwin dengan ZAKUAN 3(ini contoh)-ketiga-tiga mereka terpaksa meraikan aidilfiri di rumah mentua masing-masing-dan secara logiknnya adakah ibu bapa((pak cik A dan mak cik B) akan bergembira di HARI RAYA??

namun apa pun golongan kita patut meraikan aidilfitri dengan rasa gembira dan penuh syukur sebagai tanda kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga,
akhir kata: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN~ nak sambung dengar lagu raya 4u2c

Friday 19 August 2011

memori terawikh...

gua tadi terlewat p TERAWIKH terpaksa la shortcut dan parking kat port parking awek-awek masjid..
gua laju-laju lari ambik wudhu..-

......................................................................................................................................
usai sembahyang TERAWIKH dan witir,
gua pun laju-laju p kat moto gua dan nak gerak balik..
time tu terpandang awek-awek masjid..-gua xsengaja..

dan serta merta teringat zaman muda-muda gua..
kalau tak silap time tu gua tingkatan 4 tak pun 5..
time tu gua sengaja parking motor kat sebelah kanan masjid gua
sebab kalau parking kat situ gua terpaksa lalu belakang saf awek-awek masjid..
lagipun time tu sebelah kiri tak da parking berbumbung-kalau hujan kan basah kusyen motor gua..

dan reason lain kenapa gua nak sangat parking sebelah kanan masjid gua adalah kerana nak usha awek sekolah teknik yang jarang-jarang balik kampung..kah..kah..kah..
time tu kalau dapat tengok muka dia sipi-sipi pun dah kira bahgia bukan main..
balik rumah senyum pastu buat miscol kat telefon rumah dia..kah...kah..kah...

sekarang awek teknik dah sambung master tak silap gua..
kat UPM tak silap gua..
gua??terhegeh-hegeh lagi nak setel kan digree gua ni..
dia memang true student-
gua??kejap-kejap jadi student, kejap-kejap jadi kutu..

okla-gua nak kena buat kerja sekolah..-
cikgu gua pun satu-time-time nak raya nie la dia bagi keja sekolah banyak.
kalau tak sempat iron baju raya- nie kira macam mana nie??

Thursday 18 August 2011

REVIEW::JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN 2 (dua)

*sambung yang entry sebelumnya
gua parking ngam-ngam depan tv..gua buka tv 3 time tu
ada iklan "360" cerita pasal kemeriahan jalan TAR( jalan tunku abdul rahman)..
hati gua terdetik~"gua belum ada songkok raya nie"

tanpa lengah masa, gua sarung kasut biru, galas beg hijau, pakai baju kelabu, shortpants hitam-nyaris-nyaris macam pelangi..
gua pun start la skuter gua yang banyak berbakti..

setengah jam kemudian gua sampai la jalan TAR..
pastu gua mula la berjalan sepanjang jalan TAR..
usha baju melayu, baju kurung, baju kebaya, baju t-shirt, mercun, air coke,songkok,
ada yang kaler hijau,biru,oren,kuning,putih dan macam-macam lagi..

sampai pertengahan jalan tu,gua dah penat-dalam hati dapat air tebu nie masyuk jugak..
nasib baik niat kat dada nie power lagi..
gua patah balik cari kedai songkok..
dapat songkok tinggi ala-ala orang menari zapin
terus gua bayar.....

tapi apa yang bestnya pasal jalan TAR nie
banyak giler pilihan, nasib baik gua bukan jenis kaki shoping,
tapi yang ta bestnya peniaga kat situ tak boleh kuatim sangat..
ape-pun JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN adalah medan terbaik untuk menghabiskan duit bonus separuh gaji yang kerajaan bagi...
sah entry nie tak best langsung!!