Saturday 10 September 2011

nama kucing yang "rare"

gua betol-betol tersentuh dengan petnode punya cerita
kata yang terbaik untuk manusia jenis nie ialah FAKING!!!!
oleh itu gua buat entry ni

gua bela KUCING sudah 14 tahun-sejak tahun 1997-gua darjah tiga
dan dari sejak itu gua rasa gua sudah ada lebih dari 30 ekor KUCING-tapi hanya sesetengah sahaja yang gua ingat NAMA KUCING antaranya ducik-dolah-kak chaq-kak chiq -ibu dan cik embun
yang lain gua pangil "adik"
dari nama-nama yang gua bagi tadi hanya kak chaq saja yang masih hidup

legasi KUCING gua bermula dengan ducik-
ducik nie gua jumpa time gua darjah 3-
time tu gua jumpa kat sekolah-
namun time tu family gua tak berapa kamcing dengan KUCING-
so gua terpaksa la membela ducik di sekolah sahaja-
setiap pagi gua sampai sekolah dalam pukul 6-45 am.
dan aktiviti utama gua adalah mencari ducik
jumpa ducik gua akan dukung dan letak dalam laci meja sekolah-
sampai time rehat gua akan buat bajet untuk makanan gua dan ducik
ayah gua bagi 8 kupang untuk belanja gua waktu gua darjah 3-tahun 1997-budak-budak sekarang darjah 1 dah pegang duit kertas kaler hijau dah p sekolah...
dari 8 kupang tu gua akan beli sirap 2 kupang
nasi lemak 3 kupang dua bungkus
kenapa dua bungkus??
sebab 1 bungkus untuk gua 1 bungkus untuk ducik.
sweet kan..keh..keh..keh..

dilema bermula apabila cuti penggal persekolahan bermula
mana taknya-gua cuti 2 minggu-nanti ducik nak makan apa??sapa nak main dengan dia??
dia akan sunyi-dia akan lapar-dia akan mati-semua tu bermain dalam akal fikiran gua.

hari last sebelum gua cuti penggal gua nekad nak bawa ducik balik umah gua
gua tinggal buku teks gua bawah meja
gua masuk ducik dalam beg "swan" gua warna biru dan ada key chain bentuk bintang warna pink dan kalau gua tekan keychain tu akan kuar lampu-hebat giler time tu.

sampai rumah gua lepas ducik dan buat-buat hairan KUCING tu datang mana
mak ayah gua nak buang tapi gua guna pendekatan menangis sebagai tanda meminta simpati
dan ducik pun di bela oleh gua sejak itu dan ducik telah meninggalkan gua pada tahun 2003

cerita pasal ducik bukan la kena mengena dengan tajuk yang gua bagi tu
TAPI gua ada cerita yang begitu RARE.

selepas itu ducik meninggalkan keturuanan nya hingga kini-
dan baru-baru nie seekor anak KUCING berwarna kelabu selamat di lahirkan
gua ada beli rantai warna merah kat dia.
dan adik gua telah bersetuju untuk mengelar kucing yang berwarna kelabu itu dengan nama
"KEROPOK MONY"-pasti "RARE" kan NAMA KUCING INI.

No comments:

Post a Comment